Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Perkukuh kerjasama rentasi pelbagai sektor
03/10/2023

hm_0310235.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima Kunjungan Hormat secara berasingan daripada Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone dan President of the National Assembly, Laos, Tuan Yang Terutama Dr. Xaysomphone Phomvihane, yang berlangsung di Hotel Muong Thanh Luxury, Vientiane. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Laos, di mana kedua-dua pemimpin mengimbas kembali hubungan mesra yang telah lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Laos dalam bidang-bidang kerjasama yang berkepentingan bersama termasuk pendidikan, pertahanan dan pertukaran antara rakyat. 

Baginda juga melahirkan keyakinan bagi Laos selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2024 akan terus memajukan usaha-usaha membina komuniti ASEAN dan memperkukuhkan lagi kerjasama dengan rakan-rakan dialog. 

Kebawah DYMM seterusnya menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama President of the National Assembly, Laos. 

Semasa Kunjungan Hormat tersebut, Kebawah DYMM dan Tuan Yang Terutama menggariskan kepentingan Perkongsian Strategik antara NBD dan Laos dalam memperkukuhkan kerjasama merentasi banyak sektor, termasuk dalam bidang pertanian dan tenaga baharu. 

Di samping itu, baginda merakamkan ucapan tahniah kepada TYT selaku Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang akan datang dan menggalakkan Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam dan National Assembly of the Lao PDR untuk meneroka jalan dalam mengukuhkan lagi kerjasama pada masa hadapan.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​